PROFILE



2008


BUSINESS PROFILE



SENTUHAN AIEN MOHD

003601299-D







PENGENALAN SYARIKAT




1.      PENUBUHAN

Sentuhan Aien Mohd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kami telah membuka kilang pakaian pertama kami di Shah Alam, Selangor pada 01 May 2008. Sentuhan Aien Mohd adalah jenama cap dagangan (TM) kilang pakaian kami yang telah dilindungi di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia mengikut Trade Description Art 1972.


2.      AKTIVITI UTAMA

Syarikat kami terlibat di dalam rekaan fesyen-fesyen terkini, aktiviti jahitan, membekal pelbagai jenis pakaian uniform dan kini sedang merancang untuk menubuhkan sebuah pusat latihan jahitan yang mensasarkan pelbagai golongan masyarakat.


STRATEGI SYARIKAT


1.      OBJEKTIF

-        Objektif perniagaan kami ini bukan kepada keuntungan semata-mata tetapi memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan. Selain itu syarikat juga memandang kepada kepentingan melahirkan usahawan Malaysia baru dengan mendidik budaya keusahawanan di kalangan warga muda.
-        Mendirikan sebuah kilang pakaian di bawah kategori Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
-        Mewujudkan sebuah pusat latihan jahitan di bawah sokongan kerajaan yang mensasarkan golongan-golongan miskin, ibu-ibu tunggal dan penganggur yang ingin meningkatkan kemahiran diri di dalam bidang jahitan.
-        Menjadi satu pusat di mana segalanya berada di bawah satu bumbung dari aktiviti latihan, praktikal, pembuatan, pemasaran, penjualan dan pembekal.
-        Menjadi perintis dalam menghasilkan lapisan usahawan baru Malaysia untuk generasi mendatang yang mampu bersaing kerana kami melatih dari tiada apa-apa sehingga dapat mempraktikan penjualan secara terus kepada pelanggan di bawah satu bumbung.


2.      TUJUAN

-        Menghasilkan sendiri pakaian yang boleh membantu pelanggan-pelanggan kami di setiap cawangan-cawangan kami.
-        Dapat meminimumkan kos yang ada supaya dapat memberi harga yang lebih murah kepada pelanggan dan mampu bersaing.
-        Melahirkan tenaga mahir dan memberi latihan kepada golongan miskin, penganggur dan ibu-ibu tunggal supaya dapat menggunakannya untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah peluang pendapatan.
-        Menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan mensasarkan lepasan-lepasan Giat Mara atau mana-mana pusat latihan untuk menjadi tenaga pengajar.
-        Melahirkan individu berkemahiran dengan dapat mempraktikannya secara terus sekaligus dapat melahirkan usahawan baru untuk generasi mendatang.
BIL KAKITANGAN JAWATAN
BAHAGIAN
1 MOHD FAHMI PENGARAH
PRODUK
2 NOOR AIN MOHAMAD PENGARAH
PENGURUSAN
3 MOHD SALEH PENGURUS
AKAUN
4 SYED AMIR PENGURUS
OPERASI
5 MOHD HAFIZ PENGURUS
PEMASARAN
6 ATHIRAH SUPERVISOR
SALES
7 FAHIZAH PEMB JUALAN
SALES
8 AINEE PEMB JUALAN
SALES
9 RAHAYU SUPERVISOR
SALES
10 NORAFIDATUL PEMB JUALAN
SALES
11 SUHADAH PEMB JUALAN
SALES
12 SOFIA PEMB JUALAN
SALES
13 MAHANIM PEMB JUALAN
SALES
14 ZAHRAH PEMB JUALAN
SALES


No comments:

Post a Comment