ABOUT US




Sentuhan Aien Mohd ditubuhkan pada tahun 2008, PAKAR dalam operasi kilang jahitan, beroperasi di Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Sentuhan Aien Mohd merupakan syarikat milik 100% warga tempatan yang diuruskan oleh Pn Noor Ain Mohamad. Kini Sentuhan Aien Mohd beroperasi dengan lebih sistematik untuk meningkatkan lagi pengeluaran dengan tidak berkompromi terhadap kualiti pakaian pelanggan. Sentuhan Aien Mohd mampu mengeluarkan produk berasaskan pakaian yang serba lengkap. Hal ini sekaligus memantapkan lagi pengurusan pengeluaran dan perkhidmatan pelanggan.

Dalam era perniagaan yang amat mencabar kini, Kami sebuah syarikat berstatus ‘bumiputera’ sepenuhnya mampu memecah monopoli penguasaan bukan bumiputera terutama dalam bidang pengeluaran pakaian. Ketetapan masa sepertimana yang dipersetujui di dalam perjanjian dengan kualiti mengikut spesifikasi standard tinggi adalah amalan kami. Ini dapat dibuktikan dengan adanya barisan kepimpinan yang berpengalaman luas mengendalikan perniagaan bermula daripada bahagian pemasaran dan seterusnya khidmat selepas penghantaran.

Berbekalkan pengalaman dalam bidang jahitan dan pengeluaran pakaian, Sentuhan Aien Mohd mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian seperti pakaian wanita pelbagai jenis, kemeja, t-shirt, seluar, jaket, uniform dan sebagainya.

Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang pengeluaran pakaian adalah antara sebab utama Sentuhan Aien Mohd ditubuhkan. Oleh yang demikian kami ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.

Oleh itu, hasil kerja terbaik dari kami sudah semestinya akan membantu meningkatkan imej pelanggan-pelanggan kami di mata umum.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment